Friday, 28 December 2012

Change for the better



Dear blog, 
I was quite dizzy this morning....up to the afternoon  I felt like vomiting....
2012 is nearly come to an end. Ok let me put this way, aku harap sepanjang tahun ini, aku dah buat yang terbaik, untuk diri aku, mak ayah dan juga orang sekeliling....Aku pohonkan sekali lagi kepada Allah supaya hari-hari mendatang akan ada sinar baru buat aku, untuk aku terus membaiki diri, membetulkan kesalahan aku, dan moga aku masih lagi berada di jalan yang lurus dan diredhai Allah. Apa yang penting dalam hidup ini ialah, aku dapat menunaikan tanggungjawab aku sabagai seorang anak dan hamba kepada Allah. Masih banyak yang aku perlu lakukan bagi menjadi seorang mukmin yang cemerlang. Sebagai seorang manusia, aku tidak terlepas dari berbuat dosa, dosa kepada ibu bapa, pada adik beradik, dosa pada kawan-kawan, dan paling aku rasa malu ialah pada Tuhan yang satu. Kita tidak dijanjikan hidup selama-lamanya, dan wajib bagi kita untuk mati. Dan ini lah yang paling aku takutkan. Sebelum aku pergi aku perlukan satu perubahan besardalam hidup aku. Tapi aku masih tak kuat, tiap kali aku ingin melakukan sesuatu, pasti ada ujian yang datang. Dan ini betullah dar apa yang orang cakap, Allah menguji kita terhadap perkara yang kita ingin lakukan, samada kita bersungguh-sungguh atau tidak. Aku harap, bibir ini akan terus mengukir kalimah syahadah dan terus mengikat tali iman didada. Cuti bulan 12 ini telah aku usahakan dengan membantu mak dirumah, mak  yang dah uzur, perlu bagi aku sebagai anak tunggal memberi sepenuh perhatian padanya. Rugilah pada mereka yang tak dapat berbakti kepada ibu bapa mereka. Aku tak mahu menyesal di kemudian hari. Sekiranya aku tidak dapat memberikan mak dan ayah wang dan kekayaan sekali pun, aku harap dengan membantu meringankan beban mereka pun sudah memadai. Wahai Allah yang telah menciptakan sekalian makhluk, berilah aku peluang untuk terus berbakti kepada kedua ibubapa disamping kekal teguh pada taliMu...Bagi hari-hari yang akan datang....moga satu sinar kebahagiaan akan menunggu aku...Thanks for this life ya Allah....Thanks for the rahmat that you give me...


‎"To tell you the truth, If He’s tested you greatly, He loves you dearly." — Unknown. 

And Alhamdulillah for that ♥
^^

No comments:

Random thoughts and feelings

Dear blog, Often we find ourselves stuck in tight situations where no one can help us. We have to help and deal with every situation ourselv...